salam
sempena bulan rejab yang penuh keberkatan ni aku nak kongsi sket pasal peristiwa agung yang mana peristiwa semasa Rasullah S.A.W diangkat naik ke langit bertemu dengan Allah S.W.T,peristiwa agung ini dinamakan sebagai peristiwa israk dan mikraj yang berlaku pada 27 Rejab setahun sebelum hijrah.
Mesti kita semua dah lupa kan macam mana peristiwa ni berlaku btui tak?aku sendiri pon dah lupa..hhuhuhuhu..manusia2,bila bab agama je kompom ape pon tak bleh..hehhe...tapi tak pa hari aku akan cuba rungkaikan sedikit sebanyak pasal peristiwa ni..sory kalau ada yang salah2 nanti teguq la na....sebab dah lama sangat tak berapa ingat..... emmmmm....ok jom kita p refresh balik pasal peristiwa ni...
peristiwa yang mana nabi telah dibedah dada dan perut untuk dicuci,kemudian semasa perjalan ke masjidil aqsa baginda melihat banyak peristiwa yang menakjubkan,selepas sampai di masjidil aqsa baginda diNaik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah.Baginda telah menempuh 10 jenis pintu langit untuk bertemu dengan Allah S.W.T,selepas selesai pertemuan dengan Allah,baginda telah diturunkan semula ke Baitul-Maqdis Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
emmm..tu jela kot secara ringkasnya yang aku dapat ringkaskan...jenuh gak...kalau nak cerita memang panjang lebar giler..hehee....ok lak kot kan...daripada tak dak..ok lepas ni aku bagi sedikit kesimpulan lah pasal peristiwa ni...na...(ringkas giler kan..hehhee)
Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.Wallahu'alam...
p/s: kalau korang nak tau lebh lanjut..ce click disini israk dan mikraj so search la na..
*selamat beramal*
No comments:
Post a Comment