CoNTenG diNDinG

Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Monday, 11 July 2011

pernahkah kita??

salam

Pernahkah kita mengatakan kepada pasangan hidup kita, "Sayangku, izinkan aku menemanimu sampai akhir hayatku." Kata itu terdengar indah dan membahagiakan, begitu bahtera rumah tangga berlayar ditengah samudra kehidupan. Perjalanan waktu terasa cepat berlalu, dilewati dengan manis, pahit, getir, penuh tawa dan derai air mata semua seolah berlarian, melompati kebahagiaan dan penderitaan. Berawal dari seorang laki-laki terhanyut dalam kelembutan sinar kedua matanya, Jatuh hati pada kesederhanaan seorang perempuan lalu laki-laki itu mengajaknya untuk melangkah menuju janji suci dihadapan Allah. Bersamanya semua terasa indah dan penuh pesona untuk dijalaninya hingga terlahir buah cinta yang suci dari rahimnya. Kisah itu begitu nyata dalam perjalanan hidup rumah tangga kita. Kita menyukai kelembutan mata pasangan kita, kedamaian disetiap belaiannya hingga tahun berganti tahun dan pesonanya perlahan memudar, terkikis kisaran emosi, hempasan derita, ujian, cobaan dan air mata yang membuat kerutan-kerutan diwajah orang yang kita cintai.

Termangu dalam kesendirian, terhanyut dalam kelembutan sinar kedua bola matanya. Pada keceriaan di setiap derai tawa belahan hidup kita. Kehadirannya membawa kepada jingga dan ungu dikehidupan penuh rwarna. Tertatih-tatih mewujudkan rumahku seindah surga. Keluargaku bagaikan surgaku, merindukan akan ketenteraman, kasih sayang dan kebahagiaan. Namun yang terjadi justru kita mudah terluka dan menderita kerana orang yang kita cintai. Kita menjadi sakit dan penuh derai air mata kerana orang yang kita kasihi. Itulah Cubaan yang paling berat di dalam kehidupan rumah tangga maka kita harus memiliki sebuah kekuatan dan kesabaran yang besar agar kita boleh "memaafkan." kerana bila tidak boleh memaafkan, maka hati kita dipenuhi oleh kemarahan, sakit, kecewa dan derita justru yang dilakukan oleh orang yang paling kita sayangi dan kita kasihi.

Memaafkan hampir menjadi ubat mujarab bila kita sedang menghadapi konflik keluarga. Menyentuh hati yang paling dalam, menyejukkan dari keresahan dan kegelisahan. Ketika kaki kita memijak bumi, meraih jemari, rebah dalam kehangatan pelukan menyembuhkan luka. Tidaklah bererti apapun luka yang kita rasakan kerana bukan seberapa besar luka dan derita namun seberapa besar kekuatan dan kesabaran yang kita miliki untuk menanggung luka dan derita itu. Bila kekuatan dan kesabaran yang kita miliki kecil dan rapuh maka luka kecilpun kita sudah merasa begitu teramat menderita. Jika kita memiliki kekuatan dan kesabaran yang besar, sebesar apapun luka dan derita itu tidak akan bererti apapun bagi kita, kerana Allah melimpahkan kelembutan dan kasih sayang di dalam diri kita. Sebagaimana sabda Rasulullah. "Apabila Allah menghendaki kebaikan bagi satu keluarga, maka Allah akan memasukkan rasa kelembutan dalam diri mereka" (HR. Ahmad).



p/s: maaf TRY TEKAN LIKE

penantian

salam...

dari malam sampai ke pagi..
mata ku masih belum boleh dipejamkan
dua minggu telah berlalu.
masih menanti benda yang tak pasti..

tiap pagi,tiap hari..
membawa diri pergi kedusun untuk menyepikan diri
mencari jalan bagaimana hendak ku selesaikan..

tiap pagi,tiap hari..
ku lihat telepon masih belum berbunyi..
bila ada deringan belum pasti dari yang kuharapkan..

tiap pagi,tiap hari..
mengapa begini,masih tercari-cari..
menunggu deringan tiap kali..

tiap pagi tiap hari..
akankah aku trus begini??



p/s: mencari
TRY TEKAN LIKE

Saturday, 9 July 2011

sahabat,kawan vs teman

salam

Dalam kehidupan di dunia yang indah ni,semua tak lari dari bersahabat ,berkawan.Arini aku nak kongsi sket dan mempersoalkan pasal sahabat dan teman ni.Di antara sahabat dengan teman mana yang korang akan pilih??? dah semestinya jawapan sahabat betui tak...yep sahabat dalam kehidupan dunia ni, memang sangat penting ,sebab sahabat lah tempat untuk kita meluahkan rasa suka duka kita,sahabat jugak tempat untuk enjoy sekali kn.....tapi bagi aku korang silap untuk megutamakan sahabat/kawan sebagai orang yang penting dalam hidup korang...bukan aku nak kata kawan tu tak penting,sahabat dan kawan sangat2 lah penting tak ada sahabat sapa la kita kat dunia,memang tak boleh nak hidup la kalau kita tidak mempunyai sahabat/kawan kn...

Apa yang aku cuba nak bincangkan adalah mengapa aku letak kan teman paling utama,dan sahabat adalah kedua,kalau korang perasan la kan,masa usia kita dalam lingkungan belasan tahun sahabat adalah orang utama,kerana sahabat tempat kita bergurau dan segalanya sebab pada usia tu kita dah tentu belum mempunyai teman,tapi bila usia kita dah mula ingin berada dalam dunia percintaan,atau ingin mencari teman,kita dah mula mempunyia 2 golongan orang penting dalam hidup iaitu sahabat dan teman.

ok sekarang aku kenapa aku cakap teman itu lebih penting dari sahabat,tapi jangan salah paham,jangan kata aku tak pentingkan sahabat,tapi secara logiknya,cuba korang bayangkan,dulu semasa korang masih belajaq,masing-masing bljar la kan..time cuti semester korang dan sahabat mesti boleh bertemu time cuti kan..boleh enjoy kemana2 sebab masa tu korang masih lom ada komitmen contoh kerja,keluarga dan lain2 lah.Lepas dah abis blajar ,semua dengan komitmen dengan kerja kan,aku nak tanya korang ada masa tak lagi korang dengan sahabat korang???kompom2 dah tak masa kan,kalau sahabat korang dah berkeluarga plak???lagi la dah takdak masa...sebab itu la putaran kehidupan kita..dah memang camtu...

so kat sini bila ditanya mana satu korang pilih,baik korang pilih teman,sekali lagi aku ulang bukan aku nak kata kawan tu tak penting,tapi teman lebih penting jaga la elok bila berteman,sebab teman sentisa ada time kita susah dan senang,teman sentiasa berada disisi kita walau camna pon kita ni,teman adalah teman sehidup semati bila dah bersama,kalau korang cuti sem,pon kawan2 mesti takdak kan sebab diorang mesti dengan komitmen diorang mesti ada yang keje,kuar dating,dan macam2 la,tinggal la korang sorang diri,tapi teman sentiasa ada dengan korang.So secara logiknya lah,memang kedua-dua gologan ni penting,tapi korang decide la,ANTARA TEMAN DAN SAHABAT.percayalah kita berpijak dibumi yang nyata!!!



 
                                    VS
            


p/s: "Dunia cuma sementara,kehidupan cuma pentas,bersahabat cuma seketika,berteman adalah selamanya"

                           *tegur aku kalau aku silap dan sila beri pandagan di komen tq* TRY TEKAN LIKE