CoNTenG diNDinG

Thursday 1 December 2011

Maxthon 3 depa kata menatang ni laju?? (baca dulu baru tau)

salam,
 lama dah tak update blog ni,untuk mengupdate kan blog yang koman spanar ni.aku dah meng copy satu page informasi terbaru untuk kita,lagi pon aku dapat dari kawan-kawan juga,so tak salah kalau kita berkongsi kan,jadi baca la sendiri pasal maxthon3 ni ye.

(browser paling laju yang ramai tak tahu)




Maxthon ni satu web browser yang lagi laju dari google chrome.Yang bestnya,tak macam browser lain,browser ni boleh download video dari mana-mana laman web yang ada video contohnya youtube dan metacafe.Yang lebih best lagi,browser ni ada sistem yang mana korang boleh akaun sendiri manalah tahu korang kongsi komputer dengan orang lain kan.Dan specialnya lagi,browser ni nak download tak lah banyak dia punya data cuma 30-40 MB saja tak macam Mozilla dengan Google Chrome yang sampai 60-70 MB tu

p/s: mmmm....kalau korang berminat aku ada credit kan tuan punya blog ,so korang boleh download disitu selamat mencuba...

credit: downloadaddicts dan kalau korang nak try dowload boleh klik disini TRY TEKAN LIKE

Tuesday 15 November 2011

tiba2

Cinta bukanlah pikiran dan perasan. Cinta bukanlah semata harapan dan keinginan, tetapi cinta adalah sebuah latihan kesabaran, sebab cinta itu memberi, cinta itu berkorban, cinta itu memaafkan. Cinta yang hakiki tidak dilalui dengan riang gembira dan senda tawa namun cinta yang hakiki adalah dengan peristiwa yang menguris dan berderai air mata, perit dan terluka agar kita mengerti bahwa sesungguh cinta yang hakiki hanyalah cinta kita kepada Allah, Sang Pemilik Kehidupan.  Bagi mereka yang mengejar kebahagiaan dengan berharap akan bertemu cinta yang hakiki cubaan dan ujian yang berat adalah kehilangan. Kehilangan sesuatu yang bererti tentu saja membuat kita merasa sedih dan berduka. Terlebih kehilangan seseorang yang begitu kita cintai dan kita harapkan, bahkan seluruh hidup kita bergantung kepada kehadirannya, maka rasa perit dan terluka mengiringi kepergiannya teramat dalam dan tidak akan pernah terhapus dari ingatan kita. Setiap benda, peristiwa, jalan yang pernah kita lalui atau hal yang mengingatkan kita kepada orang tersebut membuat perit dan luka hati mengingati kembali kenangan.

Kenangan indah, hidup penuh semerbak harum mewangi bunga, bagai di taman surga tersimpan dalam ingatan kita. Cinta dan kasih sayang, kemesraan, menimbulkan kenangan manis tak terlupakan. Sementara disisi lain kecintaan di penuhi emosi, pertengkaran, menimbulkan luka yang teramat dalam. Setiap benda, tempat, peristiwa dengan orang yang kita cintai menimbulkan kenangan manis dan pahit juga perih. Itulah sebabnya ketika kita kehilangan orang yang kita cintai terjadi secara tiba-tiba, sama sekali tidak diduga dan tidak dikehendaki, jiwa kita memberontak, marah, tidak dapat menerima keadaan yang terjadi kerana ditinggalkan.

Sahabatku, kehidupan tidak hanya dipenuhi dg kegembiraan, terkadang derita menyapa. kita tidak bisa menolak perit dan luka dihati kerana kehilangan orang yg kita cintai, mau tidak mau kita harus menerima dan menghadapi duka serta melewati masa-masa yang sukar ditinggalkan orang yg kita sayangi. Sahabatku, carilah kebahagiaan dalam diri kita., Larilah pada Allah, menangis dan memohon pd Allah agar diberikan kekuatan dan kesabaran melewati masa-masa yang perit itu.

  "Cukuplah Allah menjadi penolong bagi kami dan Dia sebaik-baiknya pelindung. Maka mereka kembali dengan nikmat dan karunia yang besar dari Allah, mereka tidak ditimpa satu bencana dan mereka mengikuti keridhaan Allah. Allah mempunyai karunia yang besar." (QS. ali Imran : 173-174).

By:

P/s:sabar..sabar..dan terus bersabar... TRY TEKAN LIKE

Sunday 16 October 2011

PERHATIAN!! ini bukan ayat al-Quran..



PERHATIAN!! ini bukan ayat al-Quran...


PENTING ...tolong sebarkan. Moga Allah SWT akan membalas jasa baik anda.
Yang pasti............ ini bukan ayat al-Quran

Semoga kita semua berhati-hati jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita. Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara-saudara kita.

Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh orang-orang KAFIR.

Perhatian kalau ternampak penghujungnya ditulis "Surah Injilu Matay" (Terus reject).

Sila baca dan sebarkan kepada sesiapa kenalan anda , di lama sosial , mahupun di email. Jika ada blog, copy dan paste ke blog anda. Inilah agenda Kafir laknatullah , maka berhati-hatilah supaya kita tidak dipesongkan secara halus .

Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidiklah isinya juga. Tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah.

Sekali pandang macam ayat dan kalimah Al-Quran. Sebenarnya ayat dari kitab Bible.

kredit : dikongsikan oleh mohd aditia jaya
TRY TEKAN LIKE

Thursday 29 September 2011

Octove.COM and The Sultani Restaurant (The Taste Of Royalty)part 1

assalamualaikum dan salam sejahtera

hai kawan-kawan apa khabar semua?rasanya sudah lama + terlalu lama saya tidak meng-update kan blog saya ini,pada malam suram serta indah ini,terasa ingin sekali saya meng-uptodate kan blog ini...ha???maaf la..terlalu sibuk dengan masalah dan hal-hal lain..huhu..

kawan2 pasti hairan apa itu OCTOVE.COm kan.pada entri kali ini..saya ingin memperkenalkan satu rangkaian sosial PERTAMA di MALAYSIA,mesti kawan-kawan tak tahu kan2,tapi rasanya dah ramai jugak yang tahu rasanya lah..

sudah!!!stop2 apa punya skema la bahasa aku guna ni..tAk bleh blah langsung...hahaha..ok kita straight to the point sket...OCTOVE.COM,macam dah aku bagitau tadi,adalah satu web sosial yang baru diperkenalkan,OCTOVE dia macam FECABOOK jugak,macam TAGGED,MYSPACE,dan Laman sosial len la...apa yang best OCTOVE ni aku tak mau cerita lagi..nanti korang baca entri part tu ok..

Apa yang aku nak cerita kali ni,pasal majlis berbuka posa,masa bulan posa aritu la ponya lama baru nak update pasal ni..tapi ape pon aku tetap mengotakan janji aku....berapa haribulan tu aku dah tak berapa nak sure la...yang sure nya,aku ada masa tu...tujuan majlis berbuka posa bersama-sama ahli2 blogger dan juga geng2 octove ni,adalah untuk memperkenalkan LAMAN WEb SOSIAL TANAHAIR ni la...

emmmm..haa!!!!...tak lupa dan jangan dilupa pada PENAJA atau SPONSOR untuk majlis berbuka posa kitorang yang rasanya lebih daripada 20 orang yang join majlis berbuka ni....apa lagi kalau bukan THE SULTANI RESTAURANT.....hahahah...sapa tak tau restaurant terkenal tu kan ala gekat HOTEL FLAMINGO AMPANG tuuuu....

The Sultani Restaurant adalah penaja utama untuk majlis bebuka kitorang,makanan2 yang disediakn tak payah cakap la...5 STAR aku kasi,tambahan lagi FREE,perggghh!!! 2kali kot aku tambah..korang tak caya korang try pergi makan sana tengok,tampat memang privacy,sesuai untuk pasang couple,masakan yang disediakan ala-ala ARABIAN atau masakan TRADISIONAL MUGHALI DAN PERSIAN..ape2 pon memang best,memang sedap tak caya p tanya abg BRO FRAMESTONE....hehehe


ni la sedikit sebanyak suasana THE SULTANI RESTAURANT(The Taste Of Royalty)


 ha!!!!ni la HOTEL FLAMINGO cantik kn!!!!


 



  ni pulak adalah logo THE SULTANI RESTAURANT
sponsor UTAMA untuk makanan kitorang..hehehhe


suasana pon dah cantik,klu nak makan bertambah2 selera la kan...


huhuh..nampak berselera sungguh tengok menu ni...
ini baru menu,belum real lagi!!!
takdak la mahal sangat kan,bersesuaian dan berpatutan
tapi ni masa bulan posa aritula..


tuuudiiaaaa!!!!siap MAP lagi aku bagi kat hangpa..
tak dapat cari lagi tak tau la...


dan ini alamatnya..


emmmmm.....cukup kot takat ni penat dah aku nak menaip entri ni...tunggu entri aku pasal octove part 2 plak k..assalammualaikum...

p/s: *jangan lupa join aku kat OCTOVE.COM na..click sini mr.sam mari kita meramai2kan lagi dan menaikan web sosial yang di-create-kan oleh anak MALAYSIA kita..



TRY TEKAN LIKE