CoNTenG diNDinG

Wednesday, 24 August 2011

mohon ampun dan maaf

Saya Muhammad Shamsul bin Mat Saad,menyusun 10 jari memohon ampun & maaf kpd
semua sahabat2 sepanjang pekenalan ini, andai ada salah silap,terkasar
bahasa,ter'laser' mulutnye harap dimaafkan...semua itu sekadar gurauan
dan teguran dan tidak berniat menyakitkan hati sesiapa..akhir kata sy
mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir &
Batin...hati-hati dijalan raya.
 nah duit raye..
 
TRY TEKAN LIKE

spontaneous thursday

if you truly care for somebody, make "doa" for them.
if you truly dislike somebody, make "doa" for them.
"doa" is universal.
it heals everything
p/s: I always pray for your happiness
TRY TEKAN LIKE

WORDLESS WEDNESDAY



p/s: biaq gmbaq sja yang berkata-kata~~
TRY TEKAN LIKE

Wednesday, 17 August 2011

Spontaneous Thusday



P.S:emmmmm..... TRY TEKAN LIKE

Spontaneous Thusday






p.s: aminn~~ TRY TEKAN LIKE

Tuesday, 16 August 2011

bila jiwa jadi sentimental

assalamualaikum...

Yang lepas biar lah lepas...
kesempurnaan bukan datangnya dari kekayaan
tapi datang dari kebahagian..

mungkin kamu menyukai sesuatu perkara,
namun ia nya buruk bagi kamu .
kamu mungkin membenci sesuatu perkara,
padahal ia nya baik bagi kamu .
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui .
(Al-Baqarah : 216)



bukan ini yang aku nak kongsikan tapi pasal musik skit.sebab ape?
kadang2 kerana musik kita dapat mengenal manis nye kebahagiaan padabila diahayati..
kadang2 musik juga dapat menenangkan jiwa yang kacau,
kerana musik itu satu kebahagiaan.huhu

hahaha..ape aku merapu ni..aduyai..
sebenarnya aku nak kongsi video ni,dok syok layan musik intrumental kat you tube ni,
rodek ponya rodek,
terjumpa aku video ni pulak..perggghhh..serius syaduh alunan musik depa..
rasa feel giler r..hangpa pon dengar la na,lagi best time2 nak tido kalau dengar,
kompom melinang air mata hangpa,mengenangkan diri korang,
tak pon kisah silam..hahaha
jom layan p la sat..



amacam syaduh kan..huk2..
p/s: mood = tenang dan tersenyum,xpela satu masa kita jumpa lagi o.k
TRY TEKAN LIKE

Monday, 15 August 2011

~no love~

Your're falling,You're Screaming..




p/s: nothing to say just let hear the music and feel it!!!!!! TRY TEKAN LIKE

zakat

assalamualaikum...

zakat..semua orang tahu ape itu zakat betul tak,untuk arini aku nak berkongsi sedikit pasal syarat2 sah wajib bayar zakat,mugkin dengan perkogsian ini dapat kita sama-sama menambahkan sedikit sebanyak pasal zakat,aku tau semua orang mesti dah tahu punya,bohong la kalau tak tau kan......takpe la,ini sekadar untuk kita mengingati tentang syarat2 sah zakat je....

syarat sah wajib zakat:
 
ISLAM
-zakat dikenakan keatas orang islam.

MERDEKA
-Hamba abdi tidak wajib berzakat kecuali zakat fitrah.
Bagaimanapun ,tidak akan timbul persoalan hamba abdi masa kini,
tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan 
sebagai satu syarat wajib berzakat

MILIK SEMPURNA
-Harta yang dimiliki mesti sempurna dalam seseorangan
dan tidak bersangkutan dengan ornag lain,
Pemilik juga dapat menggunakannya dan memperoleh
manfaat daripadanya.

CUKUP NISAB
-Nisab adalah paras nilai minimum yang menentukan sama ada wajib
atau tidak sesuatu harta dikeluarkan.
Nisab adalah besamaan dengan 85 gram emas nilai semasa.
nilainya kira-kira rm10,300 (bergantung pada harga emas semasa)

CUKUP HAUL
-Cukup haul bermaksud genap setahun harta simpanan

NIAT UNTUK BERNIAGA
-syarat ini hanya bagi zakat perniagaan sahaja

ni la sedikit sebanyak syarat2 wajib zakat,ada lagi sebenarnya daripa sumber-sumber yang aku baca,contohnya macam zakat emas dan lain-lain,kira ok la kot kita kongsi sikit-skit ,dan secara tak langsung untuk aku dan rakan lain tetang syarat wajib zakat ni...kan2..


 INGAT TANGAN YANG MEMBERI,LEBIH BERMAKNA DARI TANGAN YANG MENERIMA


p.s: jangan lupa korang bayar zakat fitrah korang tu tau,besar pahalanye,lagi pun ianya wajib 
*please take note ye*

ok done.sELAMaT BErPuasA,daN sElaMAT BerAMAL
SALAM

TRY TEKAN LIKE

Saturday, 13 August 2011

Bertuah ke aku ni?

assalamualaikum....


huh serius aku tak sangka, bertuah la jugak aku ni kan,dalam berfollow memolow ni,aku bertuah menjadi followe yang ke 100 anjuran adik ni serius tak sangka..hehehe..thank sebab nanti boleh dapat hadiah..kikiki



gambar kat bawah ni menunjukkan bahawa aku
adalah follow yang ke 100 dan bertuah lah..
hehe



p/s: thank ye....ape-ape pon hangpa semua jangan lupa g melawat blog dia,kerana terdapat info2 yang menarik
jugak yang ditulis oleh beliau,korang nak terjah dia boleh klik sini TRY TEKAN LIKE

Friday, 12 August 2011

One MOre tiME love

assalamualaikum..

One more time atau dibahasakan melayunya "SEKALI LAGI CINTA"...ape tu?..
tapi aku agak mesti korang dh bleh tahu ape kena dengan tajuk kali ni..mesti nak cerita pasal filem ni kan2...

Yep korang memang bijak..punya lama filem ni dah keluar baru tadi aku habis tengok..huhuhu...menitis air mata juga la tanpa seder..hehhe,Cerita ni kalau sape2 yang dah tengok ape pendapat korang?best ke?..mmm..mesti akan cakap best la jugak betui tak kan2.Bagi aku la kan,cite aku boleh bagi thumb up la jugak sebab sebuah cerita yang mempunyai aspek komidi,cinta,tacing,happening,..so tak boring..tu yang aku suka tu.

Tapi kalau nak diikutkan logik,ada tak kisah sedemikian kat muka bumi ni?korang rasa?...emm..takpa kita pikiaq kemudian pasal tu,meh nak cerita pasal watak-watak dalam filem ni sikit,MAN kecian dia kan,tuhan betui2 nak uji dia,dah nak buat macam mana tak dah jodoh..bak kata AMY "kalau ada jodoh kita jumpa lagi ye"..so cute dak ni..hehhe..FARIS ..mmm..serius watak dia paling aku respect,seorang yang penyabar,bertimbang rasa,dan memahami giler,susah oooo..nak jadi cam dia ni..tengok berkat sabar dia,akhirnya dia dapat juga kawin kan dengan SHila.......SI SHILA ni pulak,emmm..camna nak cakap ek,aku puji la...dia memang,tabah giler,tapi silap dia jugak kan,tapi takpa,aku still hormat dia sebab dia boleh teruskan hidup dia,besarkan anak dia kira berjaya la tu..emmm..awek2 kat luaq tu,kental kan diri macam SI SHILA ni,korang berani buat berani la taggung,tapi si shila ni dia status berkawin tul tak ok lagi..hehehe..sebab tu dia tak buang anak,tapi macam mana pun dia still besarkan anak dia sendiri.

Ok tu kot cite pasal watak depa,saja je aku boring2 lalu aku menaip la,kenpa?walaupun cerita2 camni cuma satu rekaan semata2,filem kan..macam mana pun boleh kita buat tul tak,dari miskin leh bagi jadi kaya,dan bagai2 lah....bukan realiti,cube realiti,MUDAHKAH KITA UNTUK MENGHADAPI?,rasanya terjun bangunan la kot kan...huhu..

BUKAN itu yang aku nak tekankan,tapi OVERALL MORAL OF STORY  cerita ni...iaitu "KESABARAN DAN KASIH SAYANG" 

MAN=kasih sayang 
SHILA=kasih sasyang + sabar,
FARIS=kasing sayang+Sabar


SO kesimpualannye,

sabar + kasih sayang = KELUARGA BAHAGIA



kunci kejayaan adalah kesabaran,
kunci kesenangan adalah kesabaran,
kunci ketakwaan adalah kesabaran,
kunci keimanan adalah kesabaran,
dan
KUNCI KEBAHAGIAN adalah KESABARAN



p/s: Tak tau nak ckap pa dah, moga Allah sentiasa pelihara sifat sabar dan kasih sayang dalam diri kita dah la kan..DAN ONE MORE TIME LOVE....aminnn~~
TRY TEKAN LIKE

Thursday, 11 August 2011

TU dia~~hangpa ni Memang La

assalamualikum...
MEMANG APA?MEmANG sEMPOI LA!!!!

entri kali ni ringkas je..ape pon aku nak cakap TERIMA KASIH pada follower yang dah follow aku
serius aku tak sangka boleh capai sampai 100 dah,pada hal aku TAK PING pon kat FB..huhu..thank sangat,
ada gak orang yang datang blog aku dan komen walaupon 1 kat entri-entri aku.
myb lepas ni kalau aku rajin update baru nak jinak2 dengan PING2 kot.
hehehehhe



p/s: Xtau nk cakap pa dah..THANK KORANG,nk kena cakap sayang korang tak??uhuh..bergurau je..ok terus maju k hangpa2 sume,aku takat ni je kot.salam
chowww
TRY TEKAN LIKE

spontanoues Thursday~~



p/s:ohoooooohoo
TRY TEKAN LIKE

Wednesday, 10 August 2011

terasa nak pos lagu ni tah la pasai pa..emm..



p.s :emmmmm...
TRY TEKAN LIKE

"Gua Mau Manja Manja Sama Lu"


salam semua..

Arini aku nak pekenal segmen oleh wan mejuez ni..kalau korang nak join pun bioleh jugak klik je link kat bawah dan follow je syarat2 yang telah ditetapkan kat bawah ni...ok wan aku pon nak MANJA-MANJA GAK sama lu..hahaha...selamat menjoinkan diri na~~
 

syarat:

  1.  Buat tajuk new post "Gua Mau Manja Manja Sama Lu"
  2.  http://www.mejuez.com/2011/08/gua-mau-manja-manja-sama-lu.html
  3.  Letakkan Header  di atas dan linkkan kepada entri ini.
  4.  Tinggalkan link entri anda di ruangan komen entri ini.


p/s: jom join la ramai2~~
TRY TEKAN LIKE

Monday, 8 August 2011

"Tip Berbuka paling sadis "

assalammualaikum...


Sihat semua?allhamdullah..syukur nikmat,masuk ni dah seminggu kita berpuasa kan,kalau tak salah aku la.emmm..

hari ni aku takdak la nak kongsi benda yang best sangat pon tapi just nak berkongsi tip untuk berbuka posa..tip berbuka yang akan aku kongsikan ni memang simple,cepat,dan insyallah korang tak mungkin akan lambat bila time berbuka,besar pahala dia kalau tidak melewatkan berbuka betui tak..hehhe

kenapa aku nak kongsi tip camni ek??sebabnye,ok korang kalau yang dah berkerja selalu balik kerja pukul berapa?mesti pukul 5 keatas kan,kadang-kandang mesti lewat sampai umah untuk berbuka,dah rugi pahala berbuka awal...huhuh..

rugi oooo...pahala buang macam tu je..satg aku bagi tip kat korang dan guna la sebaik-baik na,biaq p la time traffic jammed ka,time korang tayar pancit ka,dok atas moto ka?takde hal lah..still korang boleh berbuka awal punya..

malas la aku nak conteng dinding aku ni lama2..buang karen je kan..hahaha...tengok bawah untuk tip BERBUKA YANG PALING BER NAS..AHAHHAHAHHAHA

jeng..jeng ....





scroll di bawah....









scroll bawah lagiii.....



dan lagi....









TARA!!!!!!!


MUDAH ,CEPAT ,PANTAS DAN FLEXIBLE..hahahhaha






Oke ape kan2..hahah..banyak khasiatnye tau tak pecaya baca ni...







hahahhaha..tengok siap dapat saranan dari pakar lagi..hahah..tapi kalau korang tak puas hati lagi klik sini,kenapa aku kata berbuka dengan koreng hidung,adalah cepat..hahahaha..(baca betui2 na)



p.s: hahah..ni nak habaq mai ni,jangan la korang buat btui2 pulak,cuma gurauan ramadan je ni..hehe..semoga entri ini dapat buat korang tersenyum setelah penat berpuasa..oke selamat menunaikan ibadah posa dengan penuh kesabaran k.

*selamat bulan ramadan puasa*..hehhe


TRY TEKAN LIKE

Saturday, 6 August 2011

jodoh kita (siri 1)

assalamualaikum..
Entri kali ini telah di COPYCAT oleh aku,sekadar untuk memberi info dan berkongsi2 dengan rakan-rakan di luar sana:

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya
 Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.



sambungan ke siri 2 TRY TEKAN LIKE

jodoh kita (siri 2)

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.










sumber : azwani-abdullah TRY TEKAN LIKE

Thursday, 4 August 2011

hahaha~~seekor lembu kau atau aku~~

jom layan..hahaha..
sebuah kumpulan yang digelar kan sebagai CICAK  KOBAIN..





p/s:kita hangat dipasaran boleh didapati di youtube2.
TRY TEKAN LIKE

Tuesday, 2 August 2011

~~Rezeki Dari TUhan...TQ ALLAH~~

assalamualaikum...


rezeki dari tuhan..huh...kenapa ek tajuk aku macam tu???mesti korang pon tertanya2 jugak kan,cerita ni takdak la best sangat tapi aku rasa boleh dijadikan pengajaran jela kot...aku pon tak tau nak cakap macam mana la kan...so hangpa ikuti cerita aku ni..

ok nak start dah ni..hehhee...aku ni seorang penganggur baru ja tamat pengajian di sebuah institute kat malaysia ni,aku dah tamat pengajian dalam 3 minggu lebih macam tu la..aku pon tak sure..so selama aku tamat pengajian tak pernah satu resume pon aku antaq untuk mintak perkerjaan,oleh kerana aku ditimpa macam-macam masalah yang melanda..lagi la aku malas nak berkerja,dok rumah tidoq!!! ja aku tau,abis rajin pon pagi2,subuh2 aku bagun makan then pegi kutip durian kat kebun bapak aku..hahahha..

emmmm...pemalas gila aku kan,maklumlah hati tengah tak tenang,tapi kadang2 tua terdetik juga nak cari kerja,so aku g la beli pape kat kedai,sedap dok belek2 kat ruangan kerja kosong ada "TAWARAN KERJA KOSONG,untuk juruteknik dan sebagainye lah,PERWARTAKAN PERAMAH DAN CERIA" layak ke aku??tertanya jugak.heheh...aku agak tertarik dengan perkerja tu,tapi aku tak tahu kerja macam mana kan,aku tekat nak p interview.

keesokan harinya,pukul 11.30,YA AllAH dah dekat pukul 12 ni,aku interview pukul 9 patutnya,adussshhh~~aku lewat mampus la,tapi takpa siap2 punya siap kul 12.04(kejep giler aku mndi hahah) aku gerak dari rumah.Sesampainya di lokasi,"bleh ka aku interview lagi ni dah kul 1 ni??mesti lunch time kan"..
So aku pun buat keputusan lepas lunch time baru aku pergi interview,lagi pon aku dah tepon dah interviewer tu..dia kata ok,baru pukul 1 dah dekat zohor ni,tanpa menlengahkan masa aku pon cari la surau berdekatan so aku solat la..selesai solat semua berdoalah aku

YA ALLAH KAU PERMUDAHKAN URUSANKU,
YA ALLAH KAU PERMUDAHKAN JUGA JODOHKU (OPSSS)
YA ALLAH KAU PERMUDAHKAN AKU UNTUK MENDAPATKAN PEKERJAAN,
SERTA KAU KUATKAN LAH JODOH KU(OPSSS)
AMINN...

hehehe...kalau nak ikutkan panjang lagi doa tu..hehhe..aku cut2 la sket na..tapi bukan ini yang aku nak cerita,ok kita sambung balik...

sesudah selesai segala solat zohor n doa2 semua lah,aku pon keluar la,dari surau tu,masa aku nak ikat tali kasut aku..tiba-tiba..ada seseorang menyapa aku dengan:-


bro: assalamualaikum?

aku: waaliakumsalam?

bro: nak pergi mana ni?

aku: owh..nak g interview satg,kul 2 cmtu..kat bangunan tekun tu?

bro:ooo..yeke.abg pun kerja kat bangunan tu,kat syatikat network?kamu amek jurusan ape??

aku: oowh..yeke,sy amek elctronik instrumentation n process control..

bro : ha cmni?nanti lepas kamu interview,kamu datang jumpa abg,interview kat syarikat abg..boleh??

aku: (*muka blur plus dlm hati,biaq btui abg ni...tetibe je.)
      : yeke abg ni,jgn main2,ok2..boleh nanti lepas saya interview sy pergi trus kat abg.

bro: ha,ok la cmtu,ape nama kamu?amek no tpn ni..ok nma abg sulaiman?

aku::sy shamsul....(perggh..biaq btui,Ya ALLAH..tq YA ALLAH)

bro: oklah jumpa nanti ok.salam(smbil berlalu pergi)

aku : wlkmslam..smbil muka masih terkejut n blur + tersenyum..

ha macam tu la detik pertemuan dengan BAKAL BOSS aku,lepas selesai interview yang first aku nak interview,aku terus tolak sebab rupa-rupanya juruteknik yang ditawarkan,yang memerlukan perwartakan ceria tu adalah *direct saler..aku tak minat la..sebab takdak gaji nak banyak duit kena makan komisen banyak la...

Selesai je interview terus aku contact BAKAL BOSS aku,kemudian aku disuruh la naik ke tingkat 5,sedang aku menuggu interviewer tibe dapat sorang cina ni,iaitu BOSS kepda BOSS aku,dia duduk borak2 lebih kurang dengan aku,tengok resume aku,

tibe-tibe..

"OK MR.SHAMSUL you've been accepted to work here.."you can start tomorrow~~

tersenyum lebar aku dibuatnye..hhehe..macam tu la ceritanye..aku pon masih tertanya2 juga ini adalah kebetulan atau betul rezeki aku,yang aku nak mintak keje dapat,tapi kurang lumayan,tapi yang aku tak tahu ape2 dapat dan agak lumayan..Subhanallah,Allhamdullah tu je yang dpat aku ucapkan sambil melangkah keluar office..hehhe


FIRST TIME INTERVIEW,TERUS DAPAT 
sebelum tu THANK ABANG SULAIMAN 
YANG KUTIP AKU SECARA TIBA2 JE
hehehhe.


p.s: ini cerita benar dan sebenar-benarnye,yakin la,ALLAH maha mengetahui,ALLAH maha adil,ALLAH maha berkuasa,ALLAH maha mendengar,BERDOA lah kepadaNya,jika kalau kita kehilangan arah dan tujuan mintak lah padaNya petunjuk,Bertawakal, asalkan setiap pekerjaan yang kita buat bertujuan baik dan IKHLAS,walaupon kita bercinta sekali pon,BERcinta lah DEngan KEikhlasan hati o.k..aminnn....


TRY TEKAN LIKE

Monday, 1 August 2011

umpat-mengumpat hentikan la~~


Assalamualaikum ♥ apa gunanya puasa jika mulut tidak b'henti mengumpat dan mgatakan hal keburukan org lain?? ♥ apa gunanya puasa jika tidak m'jaga maruah org lain & diri sendiri?? ♥ apa gunanya puasa jika mendedahkan aurat walopon ke bazar ramadhan?? ♥ apa gunanya puasa jika bersentuhan kulit d'antara lelaki dan perempuan yg bukan hal...al bg mereka ats ikhtiar mereka juga utk mnyentuh sesama sndiri khususnya yg b'COUPLE sambil2 jalan d'bazar ramadhan??


jauh kan diri daripada perkara2 seperti ini

perkara 1 :



perkara 2 :



p/s : aku pon tak sempurna selalu melakuka perkara2 cmni tapi yang no 2 tu jarang kot
maafka aku jika ada terasa ini cuma ingatan untuk aku dan juga untuk kawan2
supaya RAMADAN kita lebih mendapat kerahmatan
AMIN YA RABB~~


TRY TEKAN LIKE

oH RaMaDAN!!!!




Ramadan Al-Karim datang lagi..dah macam tora datang lagi la pulak heheh..
bersempena bulan Ramadan yang mulia ini,ingin aku ucapkan Selamat Berpuasa 
buat Sahabat-Sahabat semua,tak lupa juga pada Keluarga sendiri,Kawan-kawn special..mmmm..
serta pada Semua umat islam di muka bumi yang penuh bertuah ni,
semoga Ramadan kali memberi seribu makna pada kita semua,

tak lupa juga pada Ramadan yang penuh berakah ni aku menyusun sepuluh jari,
memohon ampun dan masa kalau ada buat silap dan salah,
biasa la mulut aku ni selalunya agak leser sikit,
so harap hangpa-hangpa semua dapat memaafkan aku,

dan aku berharap dapat menjalankan ibadah puasa dengan penuh
ketenangan dan penuh kesabaran,
harap hangpa-hangpa semua pon lagu tu jugak la...

ok la sampai sini je kot *SELAMAT BERPUASA SEMUA*
kenang daku dalam doamu o.k..heheh~~

sebelum tu aku tuju lagu khas untuk kalian semua
jom hayati



p/s: ku mengharapkan ramadan kali ini penuh makna,
agar dapat ku lalui dengan sempurna~~~
TRY TEKAN LIKE

~~KaTAkAn~~




Dia tempat ku sandar -mengikut hawa nafsu diri.
Angan ku pendamkan-Mencari redhaNya dan kehidupan Ukhrawi
Satu percintaan-Cinta padaNya cinta pada Ukhrawi
Yang bisa ku jadikan-Menjadikan ikutan hidup
Tangga-tangga ku ke pintu syurga-Menuju alam Ukhrawi
Meleraikan rindu-Pengakhiran suatu kehidupan yang kekal abadi
Mengecap bahagia-Kebahagiaan di SyurgaNya
Yang kerap dimadah Insan yang murni-Pengharapan kpdNya
Yang dah rasakan cinta-balasan yg diberiNya
Yang aku... mimpi-Pengharapan



p/s: jom layan~~huhuhuhu..
TRY TEKAN LIKE