assalamualaikum..
Entri kali ini telah di COPYCAT oleh aku,sekadar untuk memberi info dan berkongsi2 dengan rakan-rakan di luar sana:
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih  kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan  cara  dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan  minum.  Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.  Kalau ia  nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon.   Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi,   apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah   calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun  kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan,  jemu  ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang  kepadanya.  Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat  kedukaan kita.  Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama.  Apabila  berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa  dengannya.  Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit  kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya 
 Apapun  kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli.  Mungkin  dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita  yang  mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini.  Yang  penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah   mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia   tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah   silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia   menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak  kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum  hakam agama.  Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran  bukan perkara  yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu  apabila dia menipu  kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya,  kebahagiaan menjadi milik  kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi  faktor paling penting bagi  suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur,  sukar baginya mengelak daripada  berlaku curang kepada kita. Apabila dia  jujur, semakin hangat lagi  hubungan cinta kita. Kejujuran yang  disulami dengan kesetiaan membuahkan  percintaan yang sejati. Jadi,  dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap  orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu  dikongsi  supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita  mempunyai  rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita  selamat di  tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya  mempercayai  antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.  Mereka rasa  selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada  kekasihnya berbanding  rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak  berahsia apa pun kepadanya  dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti  cinta sejati adalah melalui  kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah  individu yang memperoleh  kedua-duanya.
sambungan ke siri 2
TRY TEKAN LIKE
Salam ramadhan :) .. Pandainya encik buny kita ni. Leh jadi cikgu cinta ni. Chayo2! :)
ReplyDeletesalam rmadan..ehhehe..eh mne pndai la..tu copy2 je..huhuh..menambah ilmu pngetahuan je..hehhee
ReplyDeletenice.. tp blum jmpa lg mcm tu
ReplyDeleteyeppp..ssh kan...tapi sabar adalah kunci seglanye saizuan,jd mari kita melatih diri mnjdi sbar,redha,dan twakal serta yakin..bnyak2 la berdoa k...nasihat daripda insan yg nooob bab cintan cintun~~
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteyup, ada ada !
ReplyDeletehihii !
insyaALLAH :)
MN: hehehe...mudah-mudahn..insyallah..yakin n sabor jelah.hehhe
ReplyDelete