6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta  berjaya dan kekal dalam jangka  masa yang panjang, kita dan dia perlu  saling bekerjasama melalui hidup  ini. Kita dan kekasih perlu memberi  kerjasama melakukan suatu perkara  sama ada perkara remeh ataupun sukar.  Segala kerja yang dilakukan  perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan  meringankan tugas  masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia  dapat melalui semua  ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia  juga dapat  melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita  senang  melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi  kehidupan kita  pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita  hidup  bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab  seratus  peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi  pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya.  Semasa  kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi   penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di   kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama   kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun   berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang   surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit",   inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan   kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala   suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai   menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada  siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang  mengaku  dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di  kalangan kita  memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang  bersedia  menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia   kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang   untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah,   dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila   dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak   menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima   kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup   bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala,  manusia dikurniakan Allah deria keenam  yang dapat mengetahui dan  memahami perasaan pasangannya. Dengan deria  batin ini juga kita dapat  saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan  dia juga dapat membaca  fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga  reaksi dan tindakbalas  pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan  pilihan hidup kita,  tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk  kita? Dengarlah kata  hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada  ketentuan yang maha  berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan  pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya  perancang di  pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa.  Adakalanya,  dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk  melalui mimpi  atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi  apabila kita  melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah  memberikan  petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat  petunjukNya. Jika dia  pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika  tidak, tolaklah dia  dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah  bagi mendapatkan  kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya  diusahakan, berserahlah  kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di  dunia ini hanya  sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
sumber : azwani-abdullah
TRY TEKAN LIKE
solat istikharah sangat membantu .
ReplyDeletetrust me ! >.<
yepppp...btui sgt..islam itu mudah kan...
ReplyDelete